Bandar Baru Manjoi
Pembangunan BB Manjoi merangkumi pusat horticulture, kawasan rekreasi, kawasan rekreasi memancing, pusat jagaan kanak-kanak, medan selera, plaza membeli-belah, balai polis, klinik kesihatan, stesen bas, pasar basah dan balai raya.
Pekan Tengku Hussein merangkumi 14 unit rumah kedai dan kemudahan penstrukturan semula. Pekan Dato’ Ahmad Said pula merangkumi ruang pejabat, kompleks kedai dan plaza membeli-belah.
Kerja pembinaan sepanjang Jalan Raja sedang dijalankan (pada Jun 2011)
Visi Pembangunan
- Untuk membina sebuah kawasan kediaman bandar yang moden, maju dan berteknologi tinggi
- Meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu
- Mencapai kemajuan yang menyeluruh bagi bandar Ipoh
- Untuk menggalakkan generasi kedua dan ketiga untuk kembali ke Manjoi bagi menyumbang tenaga dan kepakaran mereka
- Untuk menggalakkan perkembangan ekonomi melalui aktiviti dan pelaburan ekonomi
- Untuk memperbaiki sistem pengangkutan dan jalan raya
- Untuk meningkat dan mengekalkan jumlah kemudahan
- Untuk meningkat dan mengekalkan sistem pembentungan dan lanskap
Jalan Pintas ke arah Pembangunan
- Mengenakan RM10 bagi menukar status tanah dari kediaman ke komersial
- Hakmilik tanah selama 99 tahun
- Diskaun premium dari 50% hingga 80% untuk membina semula rumah dlam tempoh tertentu
- Memudahkan proses penukaran nama dari generasi pertama ke generasi kedua dan ketiga
- Tiga tempat dikenalpasti sebagai bandar baru: Sg. Tapah, Tengku Huseein and Dato’ Ahmad Said.
Pelan Pembangunan dan Permodenan Gugusan Manjoi
Fasa pertama pelan pembangunan telah dirasmikan oleh Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pasa waktu itu, pada 22/10/2007. Fasa pertama melibatkan bangunan Kompleks Pentadbiran dan Komersial Gugusan Manjoi, termasuklah Pejabat Tanah dan Daerah, pusat perniagaan dan stadium mini.
Pembinaan sebuah kompleks membeli-belah di sana adalah bertujuan menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf ekonomi penduduk. Ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menstruktur semula dan membina beratus rumah kedai mampu-milik (hampir semuanya di bandar baru). Ini adalah bertujuan menggalakkan aktiviti ekonomi dan pelaburan di Manjoi.
Kerja pembinaan Mydin sedang dijalankan pada Jun 2011
Projek tersebut juga melibatkan infrasturktur seperti membina semula jalan raya, memperbaiki kemudahan komunikasi dan awam, dan mengatasi masalah pengangkutan awam, yang telah sekian lama menghantui penduduk setempat.
Fasa kedua pelan ini ialah membangunkan Bandar Manjoi, Pekan Tengku Hussein, and Pekan Dato’ Ahmad Said, yang mana masih dalam pembinaan (2009).
 |
Deretan kedai yang baru disiapkan di Jalan Padang, Kg. Tengku Hussein |
 |
10 unit rumah kedai rakyat yang sudah disiapkan di Kledang Jaya, berhampiran Kg. Tengku Hussein Hujong |
Kompleks membeli-belah yang sudah disiapkan di Jalan Padang, Kg. Tengku Hussein
 |
Salah satu dari dua deretan rumah kedai yang sudah lama didirikan di hujung Jalan Pasar, Kg. Sungai Tapah Tambahan
Pelan Permodenan Gugusan Manjoi
Gugusan Manjoi yang suatu ketika dahulu merupakan kawasan bekas lombong bijih timah yang bermula sebagai kawasan perumahan setinggan Melayu telah mengalami suatu transformasi yang amat menakjubkan. Gugusan Manjoi yang menerima jolokkan sebagai kampung yang dihuni oleh Rumpun Melayu yang terbesar di Asia telah melakar sejarahnya yang tersendiri.
Perkampungan yang lebih dikenali sebagai perkampungan Melayu dipinggir bandar pada suatu ketika dahulu, wujud hasil usaha Menteri Besar Perak keempat iaitu YAB Dato' Seri Ahmad Bin Said (07 Mei 1964 - 06 Mei 1970) (Yang mana nama beliau telah diabadikan dalam salah sebuah Kampung iaitu Kampung Dato’ Ahmad Said). Gugusan Manjoi kini didiami oleh lebih 40,000 penduduk yang meliputi kawasan seluas hampir 600 hektar. Gugusan yang meliputi Kampung Manjoi, Kampung Tengku Hussein, Kampung Sungai Tapah, Kampung Dato’ Ahmad Said dan Kampung Jelapang Baru ini sedang mengalami proses perubahan wajah. Dengan visi Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali yang didokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Manjoi YB Dato’ Haji Nadzri Bin Ismail maka Manjoi kini kearah menjadi sebuah perkampungan bandar moden yang berperanan menyumbang kearah pertumbuhan sosio ekonomi Masyarakat Melayu khususnya dan Majlis Bandaraya Ipoh secara amnya.
Projek fasa pertama permodenan Gugusan Manjoi telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia pada 22 Oktober 2007. Pembangunan fasa pertama melibatkan pembinaan Kompleks Pentadbiran dan Komersial Gugusan Manjoi iaitu pembinaan Pejabat Tanah dan Daerah Ipoh, Pusat Perniagaan dan Mini Stadium.
Pembinaan pasaraya besar tempatan iaitu Pasaraya Mydin berhampiran Kompleks Pentadbiran dan Komersial Gugusan Manjoi diharapkan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada anak muda di gugusan Manjoi seterusnya menjana ekonomi setempat dikawasan tersebut.
Ia adalah seiring dengan usaha Kerajaan Negeri Perak untuk menyusun semula kedudukan kawasan perumahan dan pembinaan ratusan unit rumah kedai mampu milik. Diharapkan dapat menggalakkan penempatan isi rumah berpendapatan sederhana dan tinggi yang rata-rata terdiri daripada kakitangan kerajaan dan peniaga. Seterusnya akan meningkatkan aktiviti ekonomi dan pelaburan di Gugusan Manjoi.
Melalui projek ini juga beberapa kemudahan “infra” seperti pembinaan semula jalan raya, kemudahan komunikasi, masalah pengangkutan dan kemudahan awam yang telah membelenggu warga penduduk buat sekian lama akan dapat diatasi.
Segala usaha dan komitmen kerajaan untuk membangunkan Gugusan Manjoi tidak akan terlaksana tanpa sumbangan dan komitmen daripada anak watan Gugusan Manjoi itu sendiri, iaitu generasi kedua dan ketiga yang kini telah berada di kalangan golongan kelas menengah Melayu. Usaha secara bersama antara anak watan dan kerajaan negeri pasti akan dapat merealisasikan usaha membangunkan Gugusan Manjoi.
|
Telah diambil dan diadaptasi dari wikipedia.org/wiki/Manjoi
salam,,saya juga penduduk manjoi,,izinkan saya mengambil beberapa maklumat dan gambar disini bg melakukan kerja kursus @ kerja lapangan saya.terima kasih =)
ReplyDeleteKampung ku yang byk melahirkan insan2 yang berbakti kepada agama , bangsa dan negara..
ReplyDeleteRaja Abdullah Bin Raja Omar @ pak engku. Tak ramai yg tau sejarah di sebalik nama orang ini.
ReplyDelete